Thursday, May 31, 2012

Apabila Zebra memandu kereta

Hi semua, kali ni nak kongsi cerita tentang 1 kisah penjelajahan sekumpulan binatang yang masih lagi sesat dan kali ini mereka meneruskan pengembaraan di Eropah pula. Ya, ini kisah tentang Madagascar! Meneruskan penceritaan dalam "Madagascar 3, Europe's Most Wanted" - Alex, Marty, Melman & Gloria meneruskan misi kembali ke New York, malangnya perjalanan pulang membawa mereka ke Eropah dan bermula kembali satu pengembaraan penuh aksi apabila terpaksa menyamar sebagai sekumpulan binatang sarkas.


http://bit.ly/tonton-madagascar3




Pengembaraan mereka kali ini ditemani King Julien, Maurice dan tidak dilupakan "The Penguins" - Skipper, Kowalski, Private dan Rico serta dibantu rakan-rakan baru sarkas tersebut seperti Vitaly-si harimau, Gia-si Jaguar dan Stefano-si singa laut. Filem Madagascar 3 ini yang pertama kalinya dalam 3D pastinya akan membuatkan anda terhibur.


Sekiranya ingin menjadi yang pertama menonton Madagascar 3 - Europe's Most Wanted di GSC Mid Valley pada 5 Jun nanti, layari apps.tonton.com.my/madagascar3 dan jawab soalan-soalan mudah dan slogan yg menarik. Anda mungkin yang bertuah memenangi 4 pas ke tayangan previu tersebut. Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment