Sunday, May 27, 2012

Apabila Natasha menjadi Shakira

Hi semua! Ingat lagi tak drama Natasha lakonan Fasha Sandha...mengisahkan Natasha yang dianggap membawa malang kepada keluarga dan rakan-rakannya. Skang, Fasha Sandha membawa semula watak yang hampir sama yang mana dirinya selalu ditimpa musibah dan sering dicaci oleh semua org. Tapi cerita ni mmg xde kaitan pun dgn drama Natasha tu. Dalam drama ni Fasha Sandha digandingkan bersama Fahrin Ahmad yang membawakan watak sbg seorang guru sek menengah.

Seindah Sakura ni dibarisi pelakon-pelakon terkenal ok, mcm Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi. Dah 2 minggu drama ni bersiaran dan kalau terlepas boleh tgk semula kat http://bit.ly/seindahsakura - kalau nak tgk live kat TV3, mcm biasa drama ni dlm slot Akasia setiap Isnin-Khamis jam 7malam.




Yang menariknya psl Seindah Sakura ialah lagu temanya yang tidak menggunakan lagu-lagu yang sedia ada, tetapi digunakan khas untuk drama ni. Lagu pertama - Buatku Di Sana nyanyian Mafa bersama Ronnie dan lagu kedua - Harapan nyanyian Hyper Act. Adakah kump kedua tu bakal "famous" mcm kump First Edition yang pernah menyumbangkan lagu mereka dalam drama Laila Manja slot Lagenda suatu ketika dahulu? Tunggu je la kan...





No comments:

Post a Comment