Monday, May 28, 2012

Apabila K-Pop menjadi Muzik Klasik

Hi semua! Hah mesti semua pernah dengar lagu Nobody kan? Tak pernah dengar? Lagu K-Pop yang WonderGirls nyanyi tu? Mesti pernah kan, sbb radio pun pernah mainkan lagu kumpulan ni terutama sekali yang versi bahasa Inggeris. Apa pun, post kali ni bukan nak cerita pasal K-Pop ataupun pasal WonderGirls, tapi nak "khabaq" satu drama Korea terbaru kat TonTon, Beethoven Virus.

Eh, drama ni cerita psl alien ke? Bukan...drama ni sebenarnya ttg 3orang yang tiada kena mengena bertemu kerana minat yang mendalam terhadap muzik klasik...ala orkestra la senang cerita. Ceritanya lebih kurang mcm ni la. Ada seorang konduktor muzik ni yang perasan hebat, sampai dia rasa dia awesome sangat dan tak boleh terima pemuzik-pemuzik yang biasa.

Lepas tu ada seorang wanita ni kerja kerajaan tetapi belajar muzik, dan nak sgt anjurkan konsert yang boleh dia join sekali, jadi wanita ni pun buatlah kumpulan orkestra, tetapi ada pulak masalah, nak dijadikan cerita dia berjumpa seorang jejaka yang akhirnya melengkapkan kumpulan orkestra "back-up" yang tidak dibayar tetapi nak peluang utk bermain muzik semula.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku? Ada kisah cinta ke? Kisah cinta 3 segi mungkin, yang mana 3 individu ini bakal dililit oleh nota-nota muzik barangkali? Kalau nak tahu boleh la ikuti drama "Beethoven Virus" ni kat TonTon Korean setiap Isnin - Khamis jam 5 ptg. Tak apa,  tak perlu ikut waktu, korang bukan TonTon "on-time" kan? JK


http://bit.ly/tontonkorean-beethoven-virus
Beethoven Virus ni dibarisi 3 pelakon Kim Myung Min, Lee Ji-ah & Jang Keun-suk (skang ni popular dgn drama Love Rain). Drama ni sebenarnya dah lama tahun 2008, tapi kalau tak pernah tgk, boleh je layan kan? Sebab OST drama ni pun best, itu yang penting. Cuba dgr "snippet opening theme" drama ni, best kan? Layan...


No comments:

Post a Comment